Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia salur bantuan kemanusiaan RM10 juta kepada Myanmar

    KUALA LUMPUR, 30 MAC – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia memutuskan untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan RM10 juta sebagai permulaan bagi membantu rakyat Myanmar yang terkesan dengan kejadian gempa bumi di negara itu.

    Beliau berkata sebagai manifestasi tanggungjawab dan solidariti Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, beliau turut telah mengarahkan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetuai misi kemanusiaan ke negara itu minggu hadapan.

    “Lawatan ini bertujuan menyatakan sokongan padu Malaysia terhadap operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang giat dijalankan, termasuk oleh pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang telah memulakan penugasan di lapangan bermula hari ini,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

    Seramai 50 anggota dan pegawai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di bawah NADMA berlepas ke Naypyidaw, Myanmar pagi ini bagi misi kemanusiaan serta membantu operasi SAR mangsa gempa bumi di negara itu.

    Anwar berkata semangat kebersamaan dan tindakan kolektif dalam kalangan negara anggota ASEAN amat penting dalam menangani situasi kemanusiaan seperti ini. – Bernama

    Seramai 50 anggota dan pegawai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berlepas ke Naypyidaw, Myanmar pada 30 Mac. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda