KUALA LUMPUR, 19 SEPT – Sebagai antara anggota perintis Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), Malaysia menyambut baik penyertaan China dalam CPTPP yang dijangka berlaku tahun depan. “Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) khususnya Malaysia menyokong langkah China membuat permohonan rasmi menyertai CPTPP,” kata MITI kepada Bernama ketika ditanya mengenai penyertaan China tersebut.