Wednesday, May 7, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia sasar beraksi di WCL 3

    KUALA LUMPUR, 19 April – Skuad kriket Malaysia akan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri pada Divisyen Empat Liga Kriket Dunia (WCL) ICC 2018, bagi mendapatkan tempat bersaing pada WCL 3.

    Pasukan negara perlu meraih kedudukan dua tempat teratas dalam kejohananan disertai enam negara itu dari 29 April hingga 6 Mei bagi menempah slot dalam divisyen tiga, setelah diturunkan beraksi pada WCL 4 selepas menamatkan cabaran di tangga kelima pada edisi sebelum ini.

    Namun, Pengurus Besar (operasi kriket) Persatuan Kriket Malaysia (MCA) M. Dinesh, yakin skuad negara yang dibimbing jurulatih baharu yang berwibawa, Sampath Perera dari Sri Lanka, mempunyai peluang cerah mara ke perlawanan akhir.

    “Sasaran kita adalah kembali beraksi dalam WCL 3 dan peluang kita cerah kerana beraksi di tempat sendiri, dan hanya Uganda yang berada di ranking lebih tinggi daripada pasukan kita.

    “Sampath membimbing pasukan sebagai jurulatih sementara ketika Jelajah Sri Lanka pada Januari lepas, dan kini mempersiapkan skuad menghadapi WCL 4. Kita berharap beliau dapat memberi impak pada kejohanan itu,” katanya kepada Bernama.

    Berada di ranking ke-26 dunia, Malaysia akan memulakan kempen WCL 4 menentang pasukan di kedudukan ke-25 dunia, Uganda pada 29 April, sebelum berdepan Vanuatu pada 30 April di Kinrara Oval, Puchong dan Denmark (ranking ke-27 dunia) pada 2 Mei di UKM Oval, Bangi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda