Tuesday, March 18, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia sasar kedudukan 30 ekonomi terbesar dunia

    KUALA LUMPUR, 27 JULAI –  Malaysia menyasar meningkatkan ekonominya menjadi antara 30 ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 10 tahun, naik ke tangga ke-30 daripada kedudukan ke-37 dalam data Bank Dunia pada 2022 dengan menumpukan kepada penyerantauan dan daya saing yang lebih besar dan meningkatkan rantaian nilai, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

    Beliau berkata tumpuan utama adalah untuk menstruktur semula ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia. “Jika kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus mencatat pertumbuhan antara 4 hingga 5 peratus.

    “Namun, jika kita berusaha gigih dan melaksana pembaharuan, kita mampu mencapai 5.5 peratus, malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita menghasilkan pertumbuhan 6 peratus,” katanya dalam ucapan beliau pada majlis peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasakan Rakyat di sini hari ini.

    Hadir sama pada majlis itu adalah jemaah menteri, agensi kerajaan, pakar ekonomi dan tokoh industri.

    Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, negara perlu membentuk integrasi ekonomi yang lebih besar dengan negara jiran ketika dunia sedang berdepan dengan kekangan rantaian bekalan.

    “Maka, kita perlu melahirkan lebih banyak syarikat tempatan yang berdaya saing tinggi untuk menembusi pasaran rantau ASEAN,” katanya. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap sempena Karnival Segalanya Felda Bersama Perdana Menteri Peringkat Felda Wilayah Raja Alias di Dataran Seri Jempol kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda