Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia sasar tubuh hab robotik

    SHAH ALAM, 31 JULAI – Kerajaan, melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan agensinya, Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), menyasarkan untuk menubuhkan hab robotik pada akhir tahun.

    Ketua Pegawai Eksekutif MARii Datuk Madani Sahari berkata hab tersebut akan mempromosikan pembangunan robotik dari segi perkakasan dan perisian, termasuk ‘back-end’ dan antara muka hingga aplikasi robotik.

    “Kita perlu melakukannya (hab) sebagai langkah utama.

    “Keutamaan kami sekarang ialah pembangunan perisian aplikasi robotik, berikutan itu ia merupakan bidang yang kami perlu mempunyai keupayaan yang sesuai di Malaysia supaya semua aplikasi industri robotik dan automasi dapat dilakukan secara dalaman dan disesuaikan mengikut keperluan khusus Malaysia untuk peserta industri,” katanya kepada pemberita pada Pameran dan Persidangan Robotik dan Automasi Antarabangsa Malaysia, lebih dikenali sebagai Robotex, di sini hari ini.

    “Kami menyasarkan untuk mempunyai hab tersebut pada akhir tahun, bagaimanapun, kami belum menentukan lokasinya.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda