Saturday, December 28, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia tamatkan subsidi ayam, subsidi telur diteruskan

    KUALA LUMPUR, 30 OKT – Kerajaan bersetuju subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa 1 November, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

    Beliau berkata bagi subsidi telur gred A, B, C, kerajaan bersetuju untuk ia diteruskan mengikut mekanisme sedia ada.

    “Ia (penamatan subsidi ayam) adalah selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa yang dilaksanakan kerajaan,” katanya dalam sidang media penamatan kawalan harga dan subsidi ayam di sini hari ini.

    Beliau berkata kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sejak Februari 2022.

    “Rasional untuk penamatan subsidi secara pukal bagi ayam ini adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi,” katanya.

    Mohamad berkata penamatan subsidi ayam itu selepas mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam telah mula stabil, yang menyumbang kepada harga pasaran semasa kini di bawah harga siling. – Bernama

    Tinjauan di Pasar Chow Kit ketika orang ramai membeli barangan basah di Kuala Lumpur, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda