Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia temui 1 bilion tong minyak setara pada 2023

    KUALA LUMPUR, 1 DIS – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan kontraktor pengaturan petroleumnya mencatatkan 19 penemuan penerokaan dan dua kejayaan penilaian lanjutan cari gali, menyumbang lebih 1 bilion tong minyak setara sumber baharu untuk Malaysia pada 2023.

    Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat minyak negara itu berkata kejayaan berkenaan hasil daripada program cari gali yang dipergiatkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, yang menyaksikan penggalian 25 telaga, jumlah tertinggi dalam masa setahun sejak 2015.

    Ia berkata lebih separuh daripada penemuan itu berada dalam Lembangan Sarawak, terutamanya dalam dua kelompok di wilayah geologi Balingian dan Luconia Barat.

    “Antara penemuan yang utama ialah Gedombak-1, Sinsing-1, Machinchang-1 dan Mirdanga-1 oleh Petronas Carigali Sdn Bhd, serta Babadon-1 dan Chenda-1 oleh PTTEP Thailand,” katanya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda