Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia terus perkukuh perdagangan global melalui diplomasi seimbang

    KUALA LUMPUR, 2 NOV – Dengan kehadiran seramai 30 pemimpin dan pegawai tertinggi minggu lalu, Malaysia kini berada di landasan kukuh untuk memperkukuhkan hubungan ekonomi dengan sekutu lama dan rakan kerjasama baharu yang sedang muncul.
     
    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim harus diberi pujian kerana membawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump ke Malaysia, individu penting dalam persekitaran polemik perdagangan global.
     
    Bagi sebuah negara yang sangat berorientasikan eksport, Malaysia adalah negara yang melaksanakan apa yang dijanjikan, berdepan dengan dinamik hubungan perniagaan dan perdagangan antarabangsa yang sukar untuk diramalkan.
     
    Dalam menguruskan kos eksport yang tinggi disebabkan oleh pengenaan tarif Liberation Day oleh AS, cara untuk mengatasinya seperti yang sering ditekankan oleh Anwar adalah untuk negara-negara menyusun semula rantaian bekalan, menembusi pasaran baharu daripada negara-negara selatan yang berkembang, dan yang paling penting, memastikan saluran komunikasi terbuka dengan rakan dan pesaing.
     
    Pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang baru sahaja berakhir, dipengerusikan oleh Malaysia, jemputan kepada Brazil, Afrika Selatan dan Kanada menunjukkan bahawa Malaysia telah melangkaui budaya diplomatik yang biasa diamalkan.
     
    Malaysia sedang mengembangkan rangkaian perdagangannya, menjadikan negara ini lebih kondusif untuk mengalu-alukan perniagaan asing dengan menggambarkan negara ini sebagai ekonomi terbuka dan yang tidak bersifat konfrontasi, tetapi akomodatif. – Bernama
     
    Anwar Ibrahim berucap semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 27 Oktober lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda