Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Malaysia terus pertahan kedaulatan daripada tuntutan ‘waris kumpulan Sulu’

    PUTRAJAYA, 8 MAC – Malaysia kekal dengan pendirian bahawa ia tidak mengiktiraf timbang tara komersial yang dikatakan dimulakan oleh penuntut yang mengaku sebagai waris kumpulan Sulu, dan akan terus gigih mempertahankan kedaulatannya melalui forum undang-undang yang sesuai, kata Sekretariat Khas Sulu.

    Menurutnya kenyataan yang ini adalah sebagai respons kepada tajuk utama media baru-baru ini yang merujuk kepada penyitaan yang dikatakan, atau cubaan menyita Kedutaan
    Malaysia di Perancis oleh pihak berkenaan menerusi bailif Perancis.

    “Nasihat undang-undang awal yang disampaikan kepada Malaysia mencadangkan bahawa bailif telah diarahkan oleh pihak penuntut yang mengaku sebagai waris kumpulan Sulu itu, bagi mendapatkan deskripsi premis berkaitan, berdasarkan gadai janji berkanun yang didaftarkan di premis berkenaan pada 3 Nov 2022, atas perintah kebenaran yang diberikan atas secara ex parte daripada mahkamah Paris Court of First Instance.

    “Ini berdasarkan Anugerah Separa yang dikatakan bertarikh 25 Mei 2020 dan Perintah Exequatur berikutnya bertarikh 29 Sept 2021 yang dicabar oleh kerajaan Malaysia dalam pelbagai prosiding di Perancis dan bidang kuasa lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Terdahulu, Sekretariat berkata ia difahamkan bahawa pada pagi Isnin, individu yang mengaku sebagai bailif telah datang ke Kedutaan Malaysia yang terletak di 4 rue Bénouville, dan bahagian hadapan kediaman kakitangan di 48 dan 50 rue de la Faisanderie.

    “Mereka memohon akses ke dalam premis berkenaan untuk membuat tinjauan, atas alasan untuk mendapatkan penerangan mengenai hartanah berkenaan,” katanya dan menambah lawatan bailif itu bukan cubaan untuk menyita harta berkenaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...