Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia, Thailand jalin ikatan lebih kukuh

    BANGKOK, 9 JULAI – Malaysia teguh dalam komitmennya untuk bekerjasama dengan Thailand bagi mengukuhkan hubungan dan meluaskan kerjasama dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Jojie Samuel.

    Beliau berkata Malaysia dan Thailand telah menjalin hubungan sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957 dan Thailand merupakan antara negara pertama yang menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia.

    Kedua-dua negara telah menikmati hubungan rapat dan bekerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pelaburan, keselamatan, pendidikan dan pelancongan.

    “Kedudukan Malaysia dan Thailand di Asia Tenggara, sebuah wilayah yang mempunyai kepelbagaian sejarah dan budaya serta diberkati dengan pelbagai sumber semula jadi.

    “Kita perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kemakmuran adalah penting untuk keamanan dan keselamatan serantau.

    “Yakinlah, Malaysia adalah jiran dan rakan kongsi yang baik. Kami komited untuk bekerjasama dengan Thailand demi mengukuhkan kerjasama dua hala untuk manfaat bersama, dan seterusnya mengukuhkan lagi hubungan ini,” katanya pada syarahan umum ‘Malaysia-Thailand Bilateral Relations’ di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Perlis baru-baru ini.

    Jojie berkata Malaysia dan Thailand yakin untuk mencapai sasaran perdagangan dua hala sebanyak AS$30 bilion menjelang 2025. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda