Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Malaysia, Thailand kerjasama pacu pemulihan ekonomi

    BANGKOK, 24 APRIL – Malaysia dan Thailand komited untuk mengukuhkan kerjasama mereka berkaitan perdagangan, pelaburan dan pelancongan untuk memacu pemulihan ekonomi pasca COVID-19 di kedua-dua negara, dalam persekitaran konflik Rusia-Ukraine yang berterusan dan tekanan inflasi global.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menjejaskan pemulihan ekonomi Malaysia dan Thailand pasca COVID berikutan ia telah menyebabkan lonjakan harga pelbagai komoditi, terutamanya minyak, gas dan bijirin.

    Katanya Bank Dunia telah menurunkan unjuran pertumbuhan global tahunannya untuk 2022 daripada 4.1 peratus kepada 3.2 peratus manakala Tabung Kewangan Antarabangsa turut menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia daripada 4.4 peratus kepada 3.6 peratus pada tahun ini.

    Beliau berkata inflasi Amerika Syarikat meningkat kepada 8.5 peratus pada Mac manakala inflasi tahunan kawasan Euro turut mencecah satu lagi paras tertinggi sebanyak 7.5 peratus dalam tempoh sama berikutan perang di Ukraine.

    Persekitaran global terus amat mencabar, mewujudkan kebimbangan bahawa inflasi yang lebih tinggi akan merebak ke negara lain, memberi tekanan kepada bajet dari segi subsidi, kata Mustapa.

    “Dalam konteks Malaysia dan Thailand, kita perlu meningkatkan perdagangan dan pelancongan (kerjasama).

    “Pelancongan adalah perniagaan yang besar; jika sektor pelancongan pulih dengan lebih cepat, ia akan membantu memudahkan pertumbuhan ekonomi,” katanya kepada Bernama dalam lawatan kerja selama dua hari ke Bangkok, Thailand yang berakhir pada Sabtu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...