Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia tidak sekat daging dari India

    PUTRAJAYA, 3 MEI – Malaysia belum memutuskan untuk menyekat kemasukan bekalan daging lembu dan produk berasaskan makanan dan ternakan yang dimport dari India kerana tiada kontaminasi jangkitan COVID-19 dilaporkan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor.

    Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menjalankan ujian makmal terhadap 400 sampel produk makanan dan ternakan sejak pandemik COVID-19 melanda negara dan keputusan ujian semuanya adalah negatif.

    “Kita belum putuskan untuk hentikan import daging dari India atas dua sebab iaitu sumber daging yang diimport adalah hanya dari rumah sembelih yang telah diluluskan oleh kerajaan dan ia sentiasa dipantau.

    “Keduanya, secara saintifik virus COVID-19 tidak boleh meresapi ke dalam sel haiwan dan pemantauan terhadap semua produk yang masuk mendapati tiada kontaminasi jangkitan COVID-19 terhadap produk serta bungkusannya,” katanya kepada pemberita seleas majlis pelancaran Program My Best Buy Aidilfitri oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di sini hari ini. – Bernama

    Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor (kanan) ketika ditemubual pemberita di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda