PUTRAJAYA, 6 JULAI – Agensi berita antarabangsa Al Jazeera hari ini dituntut memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana menyiarkan fakta tidak benar melalui satu dokumentari mengenai cara negara ini mengendalikan pendatang tanpa izin dalam usaha mengekang penularan COVID-19. Menyifatkan dokumentari itu sebagai mengelirukan, tanpa fakta jelas dan membuta-tuli, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri