Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia-Turki bekerjasama bangunkan vaksin COVID-19

    KUALA LUMPUR, 29 MEI – Malaysia sedia bekerjasama dengan Turki dalam membangunkan vaksin dan ubat-ubatan berkaitan COVID-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Muhyiddin, yang menerima panggilan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam, memaklumkan kedua-dua pemimpin negara itu turut bersepakat untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam usaha memerangi penularan pandemik dan pasca-COVID-19.

    “Semalam saya menerima panggilan telefon daripada Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turki. Saya menzahirkan rasa simpati dan solidariti Malaysia atas bilangan kes dan jumlah kematian yang tinggi akibat COVID-19 yang direkodkan di Turki. – Bernama

    Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima panggilan telefon daripada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di kediaman beliau semalam. Antara topik perbincangan tertumpu kepada bagaimana Malaysia dan Turki boleh bekerjasama dalam menangani cabaran penularan pandemik dan pasca COVID-19. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda