Saturday, February 8, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia ulangi sokongan prosiding Afrika Selatan terhadap Israel

    KUALA LUMPUR, 12 JAN – Malaysia akan terus menyokong Afrika Selatan dalam tindakan undang-undang terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

    Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata Malaysia sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Genosid menyeru Israel untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan menamatkan kekejamannya terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta. Malaysia mengulangi komitmen untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin di semua platform dan menantikan keputusan perbicaraan ICJ.

    “Malaysia menyambut baik permulaan perbicaraan terbuka kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel di ICJ yang diadakan pada 11 hingga 12 Januari,” menurut kenyataan Wisma Putra.

    Permohonan itu difailkan pada 29 Disember 2023, berkaitan dengan pencabulan Israel terhadap obligasinya di bawah Konvensyen 1948 membabitkan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (Konvensyen Genosid) terhadap rakyat Palestin di Gaza.

    Semasa hujah lisannya, Afrika Selatan menegaskan kepentingan segera supaya ICJ menetapkan langkah-langkah sementara termasuk mengarahkan Israel menghentikan kempen ketenteraannya di Gaza dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dengan serta-merta. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda