Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia, Vietnam raih dagangan dua hala AS$18 bilion

    KUALA LUMPUR, 30 NOV – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menggalakkan kerjasama perniagaan yang lebih besar antara Malaysia dan Vietnam untuk mencapai perdagangan dua hala bernilai AS$18 bilion (AS$1=RM4.23) menjelang 2025.

    Pengarah MATRADE bagi ASEAN dan Oceania, Raja Badrulnizam Raja Kamalzaman berkata meskipun bergelut dengan impak pandemik dan pertikaian perdagangan di antara kuasa ekonomi dunia, Vietnam berjaya mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 2.9 peratus pada tahun lepas.

    “Ia adalah satu daripada beberapa negara yang merekodkan pertumbuhan positif di tengah-tengah situasi COVID-19 pada 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Vietnam yang mempunyai lebih 96 juta penduduk dengan 65 peratus daripadanya berusia 35 tahun ke bawah sedang mengalami pertumbuhan bagi kumpulan berpendapatan pertengahan dan dasar mesra perniagaan untuk menarik pelaburan dalam sektor perindustrian, sekali gus menjadikannya sebagai destinasi popular bagi perdagangan dan perniagaan di ASEAN.

    Pada 23 hingga 25 Nov 2021, MATRADE telah mengetuai sekumpulan 17 syarikat Malaysia untuk meneroka kerjasama perniagaan strategik antara Malaysia dan perusahaan tempatan di pasaran Vietnam yang menarik dan berkembang pesat melalui Misi Mempertingkat Eksport (EAM) secara maya ke Vietnam. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda