Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Malaysian Tigress perlukan pemain patuh taktik permainan

    KUALA LUMPUR, 11 JAN – Barisan Skuad Projek Khas Hoki Wanita Kebangsaan Malaysia memerlukan pemain yang bukan sahaja berdisiplin malah berdisiplin dalam mematuhi taktik permainan yang diatur bagi berdepan pasukan yang lebih berpengalaman pada kempen Piala Asia 2022 di Muscat, Oman dari 21 hingga 28 Jan nanti.

    Ketua Jurulatih Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menegaskan perkara itu amat penting bagi mengelakkan gawang negara daripada mudah dibolosi ketika beraksi dalam saingan berkenaan.

    “Kita tengok macam mana yang mereka berikan dalam latihan dan dalam game (perlawanan) ini juga, sebab kita bukan sahaja nak pemain yang berdisiplin tetapi juga yang ‘tactically discipline’ sebab bila lawan pasukan yang kuat kita nak pemain yang ikut cakap kita, sebab kita main sebagai satu pasukan, itu yang kita perlukan supaya tidak ada bocor dalam satu tempat lepas tu bocor semua area (tempat),” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pasukannya dibelasah 2-6 dalam aksi persahabatan menentang MBPJ Boys di Padang 1, Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

    Mengulas mengenai kekalahan itu Nasihin berkata perlawanan itu adalah bertujuan untuk membiasakan barisan skuad wanita kebangsaan itu dengan keadaan permainan intensiti tinggi selain menguji kecergasan pemain dalam berhadapan dengan pasukan lawan yang memiliki rentak permainan pantas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...