Sunday, May 11, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malcom X: Dua lelaki terima pampasan AS$36 juta

    NEW YORK, 31 OKT – Dua lelaki yang disabit bersalah membunuh Malcolm X pada 1965 telah dibatalkan pertuduhannya tahun lalu dan akan menerima pampasan AS$36 juta dari bandar dan negeri New York, ia disahkan oleh peguam mereka, kelmarin.

    “Tragedi pembunuhan Malcolm X dirasai di seluruh dunia, dan diburukkan lagi dengan fakta ia membawa kepada sabitan dan pemenjaraan dua lelaki muda, berkulit hitam yang tidak bersalah di Amerika,” kata peguam mereka David Shanies dalam satu kenyataan melalui e-mel kepada AFP.

    Kedua-dua lelaki tersebut, Muhammad Aziz dan Khalil Islam, kedua-duanya menghabiskan lebih 20 tahun di penjara kerana dituduh membunuh Malcolm X, yang selalu mereka pertikaikannya.

    Mereka dibebaskan pada pertngahan 1980an, tetapi belum dibebaskan sehingga November 2021 nama mereka dibersihkan sepenuhnya oleh Mahkamah Agung Negeri New York, yang menggelar sabitan mereka hampir setengah abad yang lalu sebagai ‘kegagalan keadilan.’

    “Hari ini kami mengakui ketidakadilan itu dan mengambil langkah sederhana ke arah membetulkannya,” kata Shanies.

    Beliau mengesahkan laporan daripada New York Times bahawa bandar New York akan membayar AS$26 juta untuk dibahagikan kepada Aziz yang berusia 84 tahun dan keluarga Islam, yang meninggal dunia pada 2009.

    Kerajaan negeri New York juga akan membayar AS$5 juta setiap seorang, dengan pampasan berjumlah AS$36 juta.

    Selama lebih setengah abad, rekod rasmi menyatakan bahawa tiga ahli kumpulan nasionalis kulit hitam Nation of Islam telah menembak pemimpin ikonik itu apabila dia tiba untuk berucap di podium bilik tarian Harlem.

    Halim kini berusia 81 tahun dan dibebaskan dari penjara pada 2010 mengaku melakukan pembunuhan itu tetapi mengekalkan dua yang lain tidak bersalah. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda