COLOMBO, 3 JUN – Kerajaan Maldives akan mengharamkan warga Israel dari kepulauan Lautan Hindi, yang terkenal dengan pusat peranginan mewah, kerana kemarahan orang ramai di negara yang majoritinya beragama Islam itu meningkat berhubung perang di Gaza.
Pejabat presiden berkata kelmarin bahawa Kabinet memutuskan untuk menukar undang-undang untuk menghalang pemegang pasport Israel daripada memasuki negara itu dan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil untuk menyelia proses itu.
Ia berkata Presiden Mohamed Muizu akan melantik utusan khas untuk menilai keperluan Palestin dan melancarkan kempen mengumpul dana.
Jurucakap Kementerian Luar Zionis Israel, Oren Marmorstein berkata sebagai respon bahawa Kementerian Luar Negeri mengesyorkan Israel mengelakkan sebarang perjalanan ke Maldives, termasuk mereka yang mempunyai pasport asing, dan mereka yang berada di sana untuk mempertimbangkan untuk pergi.
Hampir 11,000 warga Israel melawat Maldives tahun lepas, iaitu 0.6 peratus daripada jumlah ketibaan pelancong. – AP
