Wednesday, April 16, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maldives bakal hapuskan tabiat merokok remaja berkuat kuasa 1 November

    MALE, 14 APRIL – Maldives akan berusaha untuk menghentikan tabiat merokok di seluruh kepulauan mewah pelancongan Asia Selatan itu tahun ini, dengan satu undang-undang baru yang melarang sesiapa sahaja yang kini berusia bawah 19 tahun daripada membeli rokok sepanjang hayat mereka.

    Cadangan undang-undang tersebut akan mengharamkan penjualan produk tembakau kepada individu yang lahir selepas had tarikh 1 Januari 2007, sekali gus menghentikan amalan merokok bagi generasi akan datang.

    “Undang-undang baharu ini dijangka berkuat kuasa pada 1 November 2025,” menurut kenyataan Pejabat Presiden Mohamed Muizzu selepas mesyuarat kabinet kelmarin.

    Hukuman bagi mereka yang melanggar undang-undang ini belum diumumkan, namun pegawai memaklumkan bahawa kerajaan sedang meminda undang-undang kawalan tembakau sedia ada agar selaras dengan peraturan baru ini.

    Undang-undang serupa turut dicadangkan di Britain, namun masih dalam proses perundangan, manakala New Zealand — negara pertama yang memperkenalkan undang-undang generasi bebas rokok — telah membatalkannya pada November 2023, kurang setahun selepas ia diperkenalkan.

    Maldives sebelum ini telah menaikkan had umur sah untuk merokok daripada 18 kepada 21 tahun pada November lalu dan turut mengharamkan import rokok elektronik dan peranti vape, termasuk bagi pelancong. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda