COLOMBO, 2 JUN – Menteri Pertahanan Australia hari ini telah mengumumkan pemberian sebuah bot rondaan tentera laut kepada Maldives bagi ‘mengekalkan keselamatan serantau’ semasa lawatannya ke negara kepulauan di Lautan Hindi yang mempunyai kedudukan strategik itu.
Laluan perkapalan global timur-barat melalui rangkaian 1,192 pulau karang kecil negara tersebut yang terbentang sepanjang kira-kira 800 kilometer merentasi garisan Khatulistiwa.
Bot Kelas Guardian sepanjang 39.5 meter itu, merupakan sejenis bot yang digunakan di Australia untuk meronda negara-negara kepulauan Pasifik yang mempunyai jarak operasi sejauh 3,000 batu nautika dan boleh memuatkan 23 orang.
Bot tersebut kini dalam pembinaan dan dijangka bakal siap tahun hadapan. – AFP
