‘Maleficient’ hadiah buat pelanggan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Para pemilik kereta Lexus bersama keluarga mereka telah dijemput untuk sama-sama menonton tayangan perdana Maleficient: Mistress of Evil di The Empire Hotel Times Cineplex, Jerudong, semalam.

Ia adalah sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan baharu dan ahli keluarga mereka yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Lexus dari awal Jun hingga penghujung Julai lalu.

Jemputan menonton wayang berkenaan juga dihasratkan dapat membina hubungan erat antara warga Lexus Brunei dan para pelanggannya.

Pada majlis tayangan itu, warga Lexus Brunei dan NBT serta para pelanggan memakai pakaian watak Maleficient dan Aurora sebagai tema bersempena dengan filem yang ditonton tersebut.

Di samping itu, majlis turut diserikan dengan aktiviti bergambar di pondok khas dan lukisan muka sebelum para jemputan menonton wayang.

Antara pelanggan Lexus yang dijemput menonton tayangan perdana Maleficient: Mistress of Evil di The Empire Hotel Times Cineplex.