Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malek Noor terbuka terima watak sesuai usia

    Pelakon dan legenda bina badan Malaysia, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor memilih menikmati kehidupan yang lebih sederhana selepas hampir empat dekad menceburi bidang seni.

    Mengaku sudah lama tidak bergiat aktif sebagai pelakon, Malek bagaimanapun terharu apabila masih ramai yang mengenalinya menerusi beberapa filem dibintangi.

    “Saya pernah berada dalam dunia glamor, namun, sekarang lebih selesa untuk bersederhana dan lakukan apa yang saya suka. Misalnya, terbabit dalam dunia perniagaan atau memberi motivasi.

    “Tidak dinafikan kadang-kadang apabila ada yang masih kenal dan tegur, saya jadi segan.

    Kalau hendak tahu di luar kamera, saya agak pemalu.

    Malek meluahkan rasa syukur apabila pada usia 70 tahun masih menerima tawaran sebagai duta @KL Steamboat & Grill. – HM Online

    “Malah, kalau ada yang sebut mengenai penghargaan yang pernah saya terima sepanjang aktif dalam sukan bina badan pun, saya rasa segan,” katanya ketika ditemui BH Online pada majlis Cahaya Ramadan @KL Steamboat & Grill 2025 di sini, baru-baru ini.

    Malek mengaku masih terbuka untuk menerima tawaran lakonan yang sesuai dengan usianya.

    “Ramai kenalan yang hubungi apabila melihat sedutan lakonan saya dalam media sosial. Saya berterima kasih masih ada yang hargai dan kenal saya.

    “Cuma kalau soal tawaran, Insya-Allah, saya okey. Asalkan watak diberi sesuai dengan usia saya sekarang,” katanya.

    Sementara itu, Malek meluahkan rasa syukur apabila pada usia 70 tahun masih menerima tawaran sebagai duta @KL Steamboat & Grill.

    Perniagaan ini diusahakan empat usahawan muda iaitu Mohd Zulkifli Mohd Talib, Mohd Farid Jamaluddin, Mohd Samsul Mior Atan Ahmad dan Mohd Halmie Mior Atan Ahmad.

    “Saya mahu bantu anak-anak muda bina perniagaan. Hampir setiap minggu saya datang dan rasa juadah ‘steamboat’ dan ‘gril’ di sini,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda