Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Malim gunung Nepal mati di puncak Himalaya

    KATHMANDU, 10 MEI – Seorang malim gunung atau pemandu Nepal maut selepas mendaki gunung kelima tertinggi di dunia, kata penguat kuasa Republik Himalaya, kelmarin.

    Lakpa Tenji Sherpa, 53, mencapai puncak Gunung Makalu setinggi 8,485 meter ketika mengiringi pendaki asing pada Isnin, bagaimanapun meninggal dunia semasa sedang turun daripada gunung berkenaan.

    “Dia tidak sihat dan terpaksa dibantu oleh ahli pasukannya,” kata Rakesh Gurung dari jabatan pelancongan Nepal kepada AFP.

    Penganjur ekspedisi, Seven Summit Treks, berkata ia sedang menunggu butiran lanjut berhubung kes berkenaan.

    Nepal telah mengeluarkan 59 permit kepada pendaki asing untuk ke Gunung Makalu dan berpuluh-puluh pendaki telah sampai ke puncak selepas pasukan mendaki gunungnya bulan lalu.

    Pemandu arah Nepal telah menyumbang kepada sebahagian besar kematian di kawasan pergunungan Himalaya,menekankan risiko yang diambil mereka demi impian ratusan pendaki berbayar yang berhasrat untuk mencapai puncak puncak tertinggi di dunia itu.

    Nepal telah mengeluarkan lebih 900 permit untuk tujuan pendakian di kawasan pergunungannya pada tahun ini, termasuk 414 permit di Gunung Everest yang memperoleh lebih lima juta dolar dalam bentuk royalti. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...