Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mallorca tersingkir di La Liga

    MADRID, 17 JULAI – Harapan Real Mallorca untuk mengelakkan penyingkiran dari La Liga berakhir pada perlawanan semalam setelah mereka ditewaskan 2-1 di tempat sendiri menentang Granada.

    Mallorca, yang baru dinaikkan ke La Liga musim lalu dari Liga Segunda divisyen kedua, kelab itu menyertai Espanyol untuk diturunkan ke divisyen kedua sebelum hari terakhir musim La Liga Ahad lalu.

    Tempat ketiga tercorot pula bakal diduduki antara dua pasukan iaitu kelab Leganes atau Celta Vigo.

    Leganes ketinggalan satu mata berada di belakang Celta dan akan bermain di tempat sendiri menentang Real Madrid, yang telah berjaya merangkul gelaran semalam.

    Celta akan berkunjung menentang Espanyol. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda