Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maloney : Pemain saya tidak gentar

    NAM DINH, 6 MEI – Malaysia bersedia untuk memulakan kempen bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31 dengan keputusan positif apabila bertemu tuan rumah Thailand dalam perlawanan pertama Kumpulan B di Stadium Thien Truong, malam esok. Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Bawah-23 (B-23) Brad Maloney berkata walaupun pasukannya menghormati Thailand sebagai salah satu pasukan pilihan, tetapi itu tidak akan menghalang mereka untuk memberi persembahan terbaik bagi meraih tiga mata pertama yang sangat penting.

    Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lepas, yang menyaksikan pengakhiran seri tanpa jaringan.

    Dalam pada itu, ketua jurulatih pasukan tuan rumah yang juga mengendalikan skuad senior negara itu, Alexandre Polking berkata pasukannya akan menggunakan sistem yang sama seperti pasukan kebangsaan dalam misi mereka mengecap kejayaan di sini.

    Selepas pertembungan dengan Thailand, Malaysia akan berdepan Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei) di venue sama. Dua pasukan terbaik layak ke separuh akhir. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda