Malpass: China perlu reformasi ‘penting’

BEIJING, 21 NOV – Ketua Bank Dunia, David Malpass menggesa China hari ini untuk membuka luas ekonominya dan mengurangkan subsidi negara, mengulang permintaan penting dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) dalam rundingan perang perdagangan berlanjutan.

Malpass membuat kenyataan itu selepas mesyuarat meja bulat bersama Perdana Menteri China, Li Keqiang dan ketua-ketua institusi global lain termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

“Saya menggalakkan reformasi dan liberalisasi baharu,” katanya.

Malpass berkata Beijing harus menyelesaikan pertikaian perdagangan dua hala dan meningkatkan ketelusan dalam pemberian pinjaman untuk mengelak kemerosotan ketara dalam pertumbuhan akan datang. – AFP