Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malta haramkan sewaan e-skuter mulai Mac 2024

    VALLETTA, 20 OKT – Malta akan mengharamkan penyewaan e-skuter mulai 1 Mac, berikutan gangguan daripada penggunaan kenderaan itu, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan kementerian pengangkutan.

    Walaupun sewaan e-skuter akan diharamkan, orang ramai masih dibenarkan memiliki dan menggunakan e-skuter peribadi mereka sendiri.

    Tindakan mengejut yang diumumkan lewat kelmarin itu mencetuskan kritikan daripada penyokong penyelesaian pengangkutan alternatif itu, namun disambut baik oleh Datuk Bandar Sliema, bandar paling padat di Malta.

    Wakil dua syarikat penyewaan e-skuter utama negara itu, Bolt dan Bird, belum membuat sebarang ulasan setakat ini.

    “Walaupun penguatkuasaan ditingkatkan dan denda, masyarakat terus diganggu oleh penggunaan e-skuter yang disewa,” menurut kementerian itu.

    Keputusan Malta mengharamkan e-skuter menyusul tindakan lebih kurang sama yang diambil oleh Paris pada April. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda