Sunday, July 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malu mengaku ada kekasih, Anya Geraldine biar peminat nilai

    Pelakon, Anya Geraldine malu untuk mengakui hubungan cintanya dengan seorang jejaka bernama Nadif Zahirudin.

    Apabila ditanya tentang hal tersebut Anya yang popular menerusi drama Layangan Putus membiarkan peminat membuat andaian melalui perkongsiannya di laman sosial Instagram.

    “Lihat sahaja di Instagram saya.

    “Saya tidak tahu,” jawab Anya ringkas berkaitan hubungan istimewa dengan lelaki tersebut.

    Sementara itu, Anya turut memberitahu dia mahu memilih seorang yang rajin bekerja dan tinggi sebagai ciri-ciri lelaki idaman.“Saya suka lelaki yang tidak terlalu rendah dan rajin bekerja.

    “Yang penting kalau bercinta saya akan selalu ada di sisinya. Kalau dia penat perlu beri perhatian, jika dia perlu teman berbual saya akan mendengar,” katanya. – Agensi

    Anya Geraldine malu untuk mengakui hubungan cintanya dengan seorang jejaka bernama Nadif Zahirudin. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda