KUALA LUMPUR, 24 JUN – Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) diiktiraf sebagai badan pengelola sukan bermotor Malaysia yang baharu bagi menggantikan Persatuan Automobil Malaysia (AAM) yang sudah dibatalkan pendaftarannya tahun lalu.
Justeru, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bersetuju MAM mengambil alih peranan sebagai badan induk sukan permotoran negara dengan serta-merta.
FIA, badan induk sukan permotoran empat roda, dalam kenyataan bertarikh 18 Jun lalu, berkata mereka telah memutuskan untuk mewakilkan tugas AAM kepada MAM yang diterajui presiden Tan Sri Mokhzani
Mahathir, sebagaimana tertakluk dalam Perkara 5.2 dan 16.3 Statut FIA. – Bernama