Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mamat Exist mengaku salah ambil dadah

    Penyanyi Mamat Exist mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis methaphetamine pada tahun 2019.

    Pengakuan bersalah itu dibuat dihadapan Hakim Fatimah Zahari di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, kelmarin.

    Susulan pengakuan bersalah itu, Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 47, dikenakan hukuman denda sebanyak RM4,000.

    Memetik kenyataan mStar, Mamat juga diarahkan menjalani pengawasan dua tahun di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Bentong, Pahang.

    Penyanyi berkenaan kemudiannya membayar denda dikenakan terhadapnya.

    Prosiding dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil manakala Mamat diwakili peguam bela, Azlina Abdul Aziz.

    Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa mengambil sendiri dadah jenis methamphetamine kira-kira pukul 2 pagi pada 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara. – Agensi

    Mamat mengaku ambil dadah. – Rotikaya
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda