Tuesday, May 6, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mamat Sepah dan isteri sudah ikhtiar soal anak

    Doa berkaitan anak antara banyak dipanjatkan pasangan pelawak Mamat Sepah dan isteri Nordiana Ibrahim sepanjang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah pada April lalu.

    Lima tahun mendirikan rumah tangga, Mamat atau Mohd Noor Murad, 40, berkata, besar harapannya agar Allah memakbulkan doa mereka namun meletakkan soal itu kepada rezeki.

    “Doa tentang zuriat antara yang kami minta sepanjang berada di sana. Alhamdulillah kami tiada sebarang masalah cuma belum ada rezeki.

    “Saya positif saja sebab keadaan kami sekarang pun agak sibuk… Kalau ada anak kecil risau terabai pula nanti.

    “Pasti Allah akan berikan pada waktu paling tepat,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Mamat memberitahu dia dan isteri terbuka melakukan rawatan pensenyawaan In Vitro Fertilization (IVF), sebagai alternatif terakhir mereka mendapatkan zuriat. – Agensi

    Mamat Sepah dan isteri terbuka melakukan rawatan IVF untuk dapat anak. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda