Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mamee labur RM150 juta, tingkat pertumbuhan perniagaan

    KUALA LUMPUR, 2 APRIL – Pengeluar makanan dan minuman, Mamee-Double Decker (M) Sdn Bhd akan melabur sebanyak RM150 juta dalam bentuk fasiliti pengeluaran baharu menggunakan pakai teknologi pengeluaran generasi terkini secara automatik bagi menyokong pertumbuhan perniagaannya.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Pierre Pang berkata Mamee berupaya menggandakan pencapaian perniagaannya dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi kapasiti tambahan tersebut.

    Beliau berkata syarikat tersebut mengambil masa selama 48 tahun untuk mencatatkan pendapatan sebanyak RM780 juta, malah Mamee berjaya menggandakan angka berkenaan hasil pertumbuhan pesat perniagaan eksport syarikat ke lebih 80 negara di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah sejak lima tahun lepas.

    “Mamee melakukan urusan penghantaran hampir 300 kontena setiap bulan dari kilangnya di Malaysia. Sehubungan itu, menerusi sokongan kukuh daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Mamee dapat meningkatkan jumlah jualan dalam tempoh dua atau tiga tahun akan datang,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada program Ihya Ramadan dan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim kelmarin. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda