Oleh Raz AS Jika kita melihat-lihat rak-rak yang ada di dalam kedai pancing tentu saja kita pernah terlihat umpan-umpan tiruan, botol-botol spray dan pelbagai lagi jenis botol dan tiub yang mengandungi formula bau-bauan yang dikatakan dapat menarik perhatian ikan. Sehingga ke hari ini, perdebatan masih lagi hangat di kalangan pemancing-pemancing di seluruh dunia mengenai keberkesanannya.