Jumaat, 21 November 2025
27.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mampukah United dedah kelemahan pasukan baharu City?

    MANCHESTER, 14 SEPT – Ruben Amorim yakin Manchester United akan bangkit menentang pasukan Manchester City dalam pertembungan antara seteru tempatan malam nanti setelah kedua-duanya bermula dengan hambar dalam Liga Perdana.

    Satu daripada hanya lapan kemenangan Amorim dalam 30 perlawanan liga sejak mengepalai Red Devils adalah kemenangan 2-1 di Etihad Disember musim lalu melalui dua gol lewat.

    Kekalahan itu berlaku semasa rentetan satu kemenangan dalam 13 perlawanan untuk anak buah Pep Guardiola di saat City tumbang selepas muncul juara Liga Perdana empat kali.

    Rombakan besar-besaran skuad Guardiola yang dijangka akan mengembalikan kejayaan mereka kelihatan belum berjaya apabila menang 4-0 di Wolves tetapi tewas kepada Tottenham dan Brighton.

    Buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, United akan tampil dalam perlawanan derby mendahului City, walaupun hanya dengan satu mata.

    Tanda-tanda Amorim bakal berjaya juga samar setelah menang dramatik lewat 3-2 ke atas Burnley, seri 1-1 di Fulham dan kekalahan 1-0 malang kepada Arsenal dan ditambah penyingkiran memalukan Piala Liga kepada Grimsby pasukan divisyen keempat.

    Selepas disokong dengan baik pulih £200 juta barisan hadapannya, Amorim berada di bawah tekanan untuk segera membuahkan hasil.

    “Saya fikir kami adalah pasukan yang lebih baik (berbanding Disember). Jika awda melihat sebarang aspek, data, kami adalah pasukan yang berbeza. Kami lebih bersedia untuk bersaing tetapi kami perlu menunjukkannya nanti.”

    Sementara itu, Guardiola masih bergelut untuk membentuk pasukan yang mampu menyamai pencapaian pemenang bersirinya dari musim lalu.

    Pemenang Ballon d’Or, Rodri mengecam ‘kesilapan budak-budak’ oleh pasukannya yang tewas walaupun mendahului di Brighton dalam perlawanan terakhir mereka.

    Prestasi City masih belum meningkat setelah lima pemain daripada kesebelasan utama semasa final Liga Juara-Juara 2023 telah meninggalkan kelab musim termasuk Kevin De Bruyne.

    Lebih £300 juta telah dibelanjakan semasa perpindahan yang lalu untuk pelbagai bakat muda tetapi kejayaan masih terhad setakat ini.

    Pasukan yang bermula dengan tewas 2-0 kepada Tottenham bulan lalu adalah yang paling muda pernah dipilih Guardiola dalam Liga Perdana pada usia purata 24.5 tahun.

    Oleh itu, dapat difahami bahawa Guardiola telah beralih kepada pengalaman penjaga gol antarabangsa Itali, Gianluigi Donnarumma untuk menggantikan Ederson, walaupun gaya mereka jauh berbeza.

    Donnarumma setinggi 1.96 meter adalah gergasi yang menghalang pukulan tetapi tidak mampu mebuat hantaran dari belakang seperti Ederson.

    “Saya tidak harap Gigi melakukan sesuatu yang dia tidak selesa. Kami bercakap tentang (penjaga gol) terbaik yang pernah saya lihat seperti hantaran pendek dan jauh oleh Ederson,” kata Guardiola.

    Donnarumma dijangka membuat penampilan sulung di City, tetapi penjaga gol baharu United, Senne Lammens perlu menunggu Amorim yang memutuskan Altay Bayindir akan diturutkan.

    Reaksi Pep Guardiola selepas perlawanan City menentang Brighton and Hove Albion di stadium Falmer di Brighton, England pada 31 Ogos 2025. – Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda