Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Man City kejar gelaran juara Liga Perdana sebagai ‘takdir’

    MANCHESTER, 19 MEI – Pep Guardiola menggesa Manchester City untuk merebut gelaran sebagai ‘takdir’ mereka apabila pertarungan merebut kejuaraan Liga Perdana mencapai kemuncak yang mendebarkan hari ini.

    Pasukan Guardiola yang menakluki segala-galanya menuju ke hari terakhir musim ini dengan kelebihan dua mata ke atas Arsenal di tangga kedua hasil kemenangan berturut-turut lapan perlawanan.

    City yang akan melayan West Ham mengetahui kemenangan akan melakar kejuaraan Inggeris keempat berturut-turut yang belum pernah berlaku sebelum ini.

    Guardiola tidak perlu bantuan Everton, sebaliknya akan memberi tumpuan untuk memastikan pemainnya menyelesaikan tugas itu sendiri.

    “Takdir di tangan kita, tetapi jika anda berfikir bahawa Everton akan melakukan sesuatu, lupakan perkara itu. Saya telah melihat Arsenal sepanjang musim,” katanya.

    “Kami hanya fokus kepada apa yang perlu kami lakukan menentang West Ham. Tiada sebarang gangguan dalam otak saya tentang apa-apa selain daripada apa yang perlu kami lakukan untuk menewaskan West Ham,” tambahnya.

    Bukan buat pertama kali, City sentiasa berada pada prestasi terbaik mereka dalam kejuaraan liga yang sengit ini.

    Anak buah Guardiola hanya kehilangan enam mata sejak pertengahan Disember, apabila seri menentang Chelsea, Liverpool dan Arsenal.

    Ketika City menghampiri kejuaraan keenam dalam tujuh musim di bawah Guardiola, daya saing liga paling banyak ditonton di dunia telah dipersoalkan.

    Tetapi jurulatih Catalan itu telah membalas kritikan Liga Perdana yang membosankan dan dominasi City adalah hasil daripada kewangan pemilik mereka yang berada di Abu Dhabi.

    “Ia tidak membosankan, tetapi ia sukar,” kata Guardiola. – AFP

    Reaksi Pep Guardiola dalam perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris pada 11 Mei. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...