Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Man City mendabik dada

    MANCHESTER, 30 Nov – Pengurus Manchester City memuji persembahan Raheem Sterling dalam aksi perlawanan menentang Southampton yang menyaksikan Raheem Sterling menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-96 membantu Manchester City menewaskan Southampton 2-1 awal pagi tadi sekali gus melebarkan jurang kelebihan lapan mata di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

    Skuad bimbingan Pep Guardiola itu pada awalnya dilihat bakal tercicir mata selepas Oriol Romeu menafikan jaringan pembukaan Kevin De Bruyne, namun Sterling mengesahkan kemenangan City untuk kali ke-19 berturut-turut dalam semua pertandingan serta kemenangan ke-12 kelab di saingan liga.

    Jaringan itu adalah gol kemenangan lewat permainan yang berjaya dicipta Sterling dan ia pasti mengecewakan Manchester United yang menduduki tangga kedua selepas menewaskan Watford 4-2, semalam.

    “Babak akhir perlawanan ini cukup menakjubkan,” kata Guardiola.

    “Apa yang berlaku di bilik persalinan sangat luar biasa. Kami mahu memenangi kejuaraan liga tetapi kali ini perlu meraikannya kerana hanya memperoleh gol sehingga minit akhir,” katanya.

    Pep Guardiola melompat semasa meraikan jaringan Raheem Sterling pada saat-saat akhir untuk mengekalkan City berada lapan mata di hadapan dalam kedudukan EPL. – AP

    City di depan pada minit ke-47 menerusi sepakan percuma De Bryune.

    Bagaimanapun Romeu menyamakan kedudukan 15 minit sebelum tamat perlawanan.

    Dengan masa yang semakin singkat, Sterling muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan menewaskan penjaga gol lawan, Fraser Forster selepas bertukar hantaran dengan De Bruyne.

    “Sebelum ini, dia tidak percaya. Sekarang, dia boleh melakukannya,” kata Guardiola.

    “Akhirnya, dia mempunyai personaliti untuk beraksi dengan menjaringkan gol. Ia adalah satu jaringan yang cantik.”

    Sementara itu, Guardiola mungkin di ambil tindakan oleh Persatuan Bola Sepak jika pengadil Paul Tierney melaporkan kesalahannya selepas meraikan jaringan Sterling dengan berlari ke dalam padang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda