Man City mudah kalahkan Brighton

BRIGHTON, UNITED KINGDOM, 24 OKT – Pep Guardiola memuji Brighton kerana bermain seperti pasukan ‘empat teratas’ walaupun berada di penghujung kekalahan 4-1 dari pasukannya di Manchester City kelmarin.

Juara Inggeris itu telah memeterai kemenangan pada separuh masa ketika Ilkay Gundogan menjaringkan gol pada minit ke-13 sebelum Phil Foden menyempurnakan dua gerakan baik pasukan.

Alexis Mac Allister menjaringkan satu gol untuk Brighton bagi mera-patkan jurang dengan pasukan lawan, namun Riyad Mahrez mempamerkan aksi lincah City.

Brighton kekal di tangga keempat selepas permulaan musim yang memberangsangkan dan Guardiola percaya pasukan tersebut layak berada di kedudukan yang tinggi tersebut. “Ia sangat bagus kerana saya tahu pasukan mana yang kami hadapi,” kata Guardiola selepas City naik ke tangga kedua carta, dua mata di belakang pendahulu Chelsea.

Guardiola hanya melakukan dua pertukaran dalam pasukannya yang membelasah Club Brugge 5-1 dalam Liga Juara-Juara pada pertengahan minggu di mana Gundogan dan Gabriel Jesus menggantikan Kevin De Bruyne dan Mahrez.

Joao Cancelo melakukan aksi penyelamatan yang bijak dari Robert Sanchez dan Lewis Dunk sebelum itu berjaya menggagalkan percubaan Gabriel Jesus.

Tetapi Brighton melakukan beberapa kesilapan di bahagian pertahanan semasa gol pembukaan apabila Sanchez menghantar bola tanpa diberikan tekanan oleh pihak lawan daripada Jesus. Prestasi cemerlang Bernardo Silva telah menjadikan pemain tengah Portugal itu sukar dikawal walaupun terdapat pilihan berbakat di bahagian tengah.

Brighton memberikan prestasi yang lebih baik pada separuh masa kedua ketika City beraksi dengan lebih perlawahan menjelang tujuh perlawanan dalam tempoh 22 hari yang bakal diharungi. – AFP

Aksi pemain Manchester City, Bernardo Silva mengawal bola dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Brighton di stadium AMEX kelmarin. – AP