Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    City tewaskan Liverpool dalam perlawanan ke-1,000 Guardiola

    MANCHESTER, 10 NOV – Manchester City raikan perlawanan ke-1,000 Pep Guardiola sebagai jurulatih dengan menundukkan Liverpool 3-0 serta rapatkan jurang empat mata dengan pendahulu liga, Arsenal.

    Erling Haaland terlepas penalti awal untuk menanduk gol ke-99 Liga Perdana sebelum percubaan Nico Gonzalez yang terbias dan jaringan hebat Jeremy Doku mengesahkan status City sebagai pesaing utama Arsenal dalam kejuaraan.

    Liverpool kini telah tewas lima daripada enam perlawanan liga terakhir mereka meletakkan mereka di tangga kelapan, lapan mata di belakang pendahulu.

    “Terima kasih kepada pemain dan kakitangan kerana beri saya hadiah yang luar biasa itu,” kata Guardiola sempena perlawanan ke-1,000 beliau dengan penuh bergaya.

    “Saya berkata kepada pemain ‘Awda semua jangan buat begini hanya kerana Arsenal tidak menang kelmarin.(Tetapi) mari kita lakukannya kerana percaya kepada diri kita sendiri’.

    “Kita menentang juara England. Tunjukkan kepada mereka bahawa kita juga layak berada sama tahap dengan mereka (Arsenal) musim ini dan hari ini saya rasa kita telah buktikannya,” ujar Guardiola.

    The Reds pula yang terdahulu semakin bangkit menewaskan Aston Villa dan Real Madrid dalam lapan hari terakhir, tetapi tidak berdaya membendung kelincahan City yang telah memenangi 11 daripada 14 perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

    “Kita perlu peningkatkan dan itu jelas,” kata Slot. “Fokus pertama adalah mendapatkan keputusan.” Perkara terakhir yang perlu fokus ialah merebut gelaran.”

    Haaland yang gagal dalam sempurnakan penalti sebelumnya berjaya menanduk tepat hantaran licik Matheus Nunes pada minit ke-29 menghasilkan gol pertama.

    Gonzalez pula menambah jaringan apabila merembat dan terbias terkena Van Dijk menewaskan Mamardashvili.

    Doku melengkapkan prestasi terbaiknya dalam tiga musim di City dengan bergaya untuk memastikan kemenangan City sejurus selepas sejam apabila melalukan rembatan melengkung ke sudut atas gawang dari luar kotak penalti. – AFP

    Virgil van Dijk (kiri) berjabat tangan dengan Erling Haaland (kanan) pada penghujung perlawanan antara Manchester City dan Liverpool di Stadium Etihad di Manchester, England kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda