Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Man City, Tottenham seri 3-3

    MANCHESTER, 4 DIS – Dejan Kulusevski menjaringkan tandukan pada minit ke-90 untuk menjadiman Tottenham seri 3-3 menentang juara bertahan Manchester City dalam Liga Perdana semalam.

    Jack Grealish kelihatan seperti menyelesaikan permainan mendebarkan di Stadium Etihad dengan gol pada minit ke-81.

    Tetapi Kulusevski bangkit untuk bertemu hantaran lintang Brennan Johnson dan menanduk masuk dari bahagian bawah palang untuk memastikan satu mata buat Spurs.

    City kini seri tiga perlawanan terakhir dalam liga dan berada di tangga ketiga dalam kedudukan, tiga mata di belakang pendahulu Arsenal.

    City ketinggalan dengan jaringan Son Heung-min pada minit keenam, tetapi mendahului pada separuh masa selepas kapten Tottenham itu meledak gol sendiri pada minit kesembilan dan Phil Foden menjaringkan gol pada minit ke-31.

    Giovani Lo Celso melakukan rembatan rendah dan melencong ke sudut bawah untuk menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-69 sebelum pemain gantian Grealish menjaringkan gol yang kelihatan seperti pemenang.

    Pada minit ke-90, gol penyamaan dilakukan oleh Kulusevski menjadikan kedudukan 3-3 di mana setelah itu, terdapat drama lagi apabila pengadil Simon Hooper menghentikan permainan untuk menghadiahkan City sepakan percuma walaupun Grealish kelihatan berlari melalui gol.

    Keputusan seri menghentikan kekalahan tiga perlawanan Spurs dan memindahkan pasukan Ange Postecoglou di atas Newcastle ke tangga kelima. – AP

    Dejan Kulusevski (latar depan kanan) menjaringkan gol ketiga pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Manchester City dan Tottenham Hotspur di stadium Etihad di Manchester, England, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...