LOS ANGELES, 16 Julai – Marcus Rashford meledakkan dua gol bagi membantu Manchester United melakar kemenangan 5-2 ke atas Los Angeles Galaxy dalam aksi sulung siri jelajah pra musim Amerika Syarikat pagi tadi. Dengan pemain yang baru ditandatangani, Romelu Lukaku diletakkan di bangku simpanan, penyerang England, Rashford memberi mesej jelas kepada pengurus, Jose Mourinho dengan