Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Man United setuju perjanjian 55 juta pound untuk Mason Mount

    MANCHESTER, 30 JUN – Manchester United telah bersetuju untuk menandatangani pemain tengah Mason Mount dari Chelsea dengan harga 55 juta pound.

    Perjanjian itu disahkan kelmarin oleh dua orang yang mengetahui tentang rundingan itu, yang telah berlangsung sejak akhir musim Liga Perdana.

    Orang tersebut bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana perjanjian itu belum diumumkan secara terbuka.

    Mount akan menandatangani kontrak lima tahun, dengan pilihan 12 bulan lagi.

    United juga perlu membayar tambahan 5 juta pound berdasarkan mencapai sasaran tertentu. – AP

    Mount akan menandatangani kontrak lima tahun, dengan pilihan 12 bulan lagi bersama Manchester United. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda