ROSTOV-ON-DON, 10 Mac – Henrikh Mkhitaryan telah menjaringkan satu gol berharga di laman luar ketika Manchester United mencatatkan keputusan seri 1-1 dalam kunjungan mereka ke Rusia bagi perlawanan pertama 16 pasukan terakhir Liga Europa menentang Rostov awal pagi tadi. Di atas padang yang teruk, keadaan padang yang mencetuskan kemarahan pengurus United, Jose Mourinho, Mkhitaryan membuka