Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mana golongan bijak pandai kita?

    Baru-baru ini saya dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam panas dan sakit kepala selama empat hari berturut-turut.

    Tidak kira berapa banyak ubat panadol yang saya makan dan berapa kali saya bawa berehat, kesakitan yang ditanggung langsung tidak reda.

    Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor di Hospital RIPAS.

    Waktu menunggu hampir tiga jam merupakan perkara lumrah jika awda ingin berjumpa dengan doktor di sini.

    Namun, itu bukan isunya. Kali ini, saya ingin mengongsikan betapa hairannya saya dengan demografi pekerja di negara kita ini khususnya dalam sektor kesihatan.

    Gambar Freepik

    Selepas berjumpa dengan jururawat di triage dan disahkan negatif COVID-19, saya dibawa ke bahagian kecemasan.

    Saya disuruh berbaring di salah satu troli katil sementara menunggu kedatangan doktor.

    Tidak lama kemudian, alangkah terkejutnya saya apabila doktor yang datang merawat saya bukanlah doktor tempatan.

    Sebaliknya ramai doktor dari Asia Selatan. Saya bermonolog dan mula mempersoalkan diri saya berada di mana?

    Bukankah saya berada di Brunei? Kenapa situasi ini sama seperti hari-hari sebelumnya di mana saya hadir ke klinik kesihatan dan doktor yang merawat saya di sana juga merupakan doktor luar negara. Apakah yang sedang terjadi? Adakah ini masa depan kita khusus untuk negara kita sanjungi?

    Sungguh ganjil apabila tiada doktor tempatan kita khususnya orang Melayu yang berbakti di hospital awam ini.

    Saya terpana dan banyak persoalan bermain di minda kerana sebagai pesakit saya ingin dirawat oleh warga kita sendiri.

    Ya, menggaji orang asing untuk bekerja di sini adalah tidak salah. Tetapi, adalah sesuatu yang menghairankan apabila kita tidak dapat langsung melihat anak-anak Brunei yang bijak pandai bekerja di tanah air sendiri di peringkat profesional.

    Di manakah golongan bijak pandai kita? Adakah kerana isu gaji yang tidak setimpal, menyebabkan mereka lebih selesa bekerja di luar negara yang jauh lebih maju?

    Atau adakah institusi pendidikan kita gagal melahirkan generasi bijak pandai sehinggakan terpaksa menggaji terlalu banyak ahli profesional dari luar negara?

    Saya berpendapat pihak yang berkenaan perlu memandang berat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan kadar segera. Kita tidak akan maju ke depan jika perkara asas sebegini pun terpaksa mengharapkan orang luar untuk menguruskan bagi pihak kita. Bangunlah Brunei. Bukalah mata!

    Masyarakat Berwawasan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...