Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manafort tidak mengaku bersalah

    WASHINGTON, 31 Okt – Penyiasatan ke atas campur tangan Rusia dalam pilihan raya 2016 hari ini memasuki peringkat baru dan lebih berbahaya bagi Rumah Putih selepas tiga orang penolong kempen presiden Donald Trump, termasuklah bekas pengerusi, didakwa.

    Bekas pengerusi kempen Paul Manafort dan seorang lagi bekas penolong Trump muncul di mahkamah, dengan mengaku tidak bersalah berkomplot terhadap AS, pembersihan wang dan beberapa dakwaan lain selepas pendakwaan dalam penyiasatan Rusia didedahkan

    Kedua-dua mereka dibebaskan dengan ikat jamin AS$10 juta dan diletakkan di bawah tahanan dalam rumah.

    Secara berasingan, seorang lagi bekas penolong kempen Trump, George Papadopoulos, mengaku bersalah berdusta kepada FBI tentang hubungannya berkaitan Kremlin, menurut perjanjian rayuan yang didedahkan semalam.

    Peguam Paul Manafort, Kevin Downing, selepas perbicaraan di luar Mahkamah Daerah Persekutuan di Washington DC, Amerika Syarikat pada 30 Oktober 2017. Tiga daripada bekas pembantu Presiden AS, Donald Trump, bdidakwa pada hari Isnin, dan dua daripadanya mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan. – Xinhua

    Pendakwaan yang didedahkan adalah tindakan serentak dari kaunsel bebas Robert Mueller, yang mengetuai penyiasatan Rusia, selepas spekulasi,keadaan kelam kabut dan pengeliruan selama berbulan-bulan tentang kemungkinan pakatan sulit kempen Trump dengan Moscow.

    Sementara tidak memberikan bukti kukuh bagi konspirasi peringkat tertinggi, dakwaan menekankan corak sekutu-sekutu kanan Trump mengharapkan Rusia dan wakil-wakilnya bagi perolehan politik dan ekonomi.

    Manafort, 68 tahun dan Rick Gates, 45 tahun didakwa menyembunyikan berjuta-juta dolar yang diraih dari kerjasama dengan ahli politik Ukrain, Viktor Yanukovych dan parti politiknya yang pro Moscow.

    Papadopoulos, bekas penasihat dasar luar Trump mengakui dia cuba menyembunyikan hubungan dengan seorang profesor yang mempunyai kaitan dengan Moscow yang menawarkan ‘keburukan’ ke atas saingan pilihan raya Trump, Hillary Clinton. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda