LONDON, 26 JAN – Manchester City dan Arsenal berehat daripada perlawanan dalam merebut kejuaraan Liga Perdana yang sengit hujung minggu ini bagi persiapan untuk menentang satu sama lain dalam pertembungan Piala FA di Etihad.
Juara bertahan Liverpool akan berusaha untuk bangkit daripada kekalahan mereka di Brighton baru-baru ini, manakala Harry Kane menjadi penjaring terbanyak Tottenham sepanjang masa.
Tanpa diduga selepas ketinggalan dibelakang Arsenal dalam Liga Perdana, Manchester City berpeluang memperlahankan momentum pendahulu tersebut dalam pertemuan pertama mereka musim ini.
City berada lima mata di belakang Arsenal, yang mempunyai baki satu perlawanan dalam liga, masih perlu menentang Gunners dua kali dalam liga, menjadikan pertembungan Piala FA mereka sebagai aksi pemanasan.
Arsenal mempamerkan prestasi cemerlang selepas menang ke atas Tottenham dan Manchester United dalam saingan liga, manakala City yang dipimpin oleh Pep Guardiola, kekal mengejar mata di belakang Arsenal dengan menewaskan Tottenham dan Wolves.
“Pep memberitahu kami apa yang dia mahukan dan apa yang dia tidak berpuas hati. Sebagai pemain, kami tidak berada pada tahap terbaik kami dan kami perlu membetulkannya,” kata pertahanan City, John Stones mengenai perlawanan menentang Tottenham yang berkesudahan 4-2.
Ia akan menjadi niat utama Arsenal jika mereka mampu memenuhi jangkaan Guardiola dalam perlawanan yang akan datang di Stadium Etihad. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/01/P22-3A-paper-web_27012023.jpg)