MANCHESTER, 28 JUN – Manchester City melengkapkan pembelian Mateo Kovacic dari Chelsea semalam dengan kontrak empat tahun dengan bayaran 25 juta pound serta tambahan..
Pemain tengah Croatia berusia 29 tahun itu, yang merupakan sebahagian daripada pasukan Chelsea yang memenangi Liga Juara-Juara pada tahun 2021, menjadi pemain pertama dibeli City sejak memenangi tiga trofi musim lalu.
Pasukan Pep Guardiola merangkul gelaran Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA, menjadi hanya pasukan Inggeris kedua yang mencapai kejayaan itu. – AP
