Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Manchester United berjaya mara pusingan ke-4 Piala FA

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 11 JAN – Ralf Rangnick mengakui Manchester United jauh daripada sempurna walaupun berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas Aston Villa untuk mara ke pusingan keempat Piala FA.

    Tandukan Scott McTominay telah memberikan gol tunggal perlawanan hanya selepas lapan minit, tetapi Villa banyak mensia-siakan peluang dan penilaian kontroversi VAR dari Danny Ings tidak berhasil menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

    Pengurus sementara, Rangnick terdesak untuk tindak balas sepanjang satu minggu kerana merasa tidak tenang di kem United susulan dengan prestasi hambar disebabkan kekalahan di tempat sendiri 1-0 kepada Wolves. Satu keputusan besar telah dibuat oleh pengurus Jerman tersebut apabila Cristiano Ronaldo tidak bersedia untuk bermain.

    Walaupun ada sedikit kemajuan dalam prestasi namun bertekad untuk membuat pertembungan pusingan keempat di tempat sendiri menentang Middlesbrough.

    “Untuk mengatakan ini adalah permainan yang sempurna, tiada siapa akan percaya itu. Semestinya tidak,” ujar Rangnick.

    “Kami masih mempunyai beberapa perkara yang boleh kami perbaiki, tetapi rekod bersih adalah penting hari ini dan kami bekerjasama.

    “Masih banyak perkara yang perlu diperbaiki tetapi lebih mudah untuk melakukannya dengan kemenangan 1-0.

    “United memiliki permulaan yang diperlukan untuk menenangkan apabila sepakan silang sempurna Fred memberikan McTominay peluang untuk menanduk masuk ke gawang gol,” katanya.

    United bermain tanpa kapten, Harry Maguire yang cedera dan Victor Lindelof memberikan Villa peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan namun percubaan Watkins tersasar. – AFP

    Reaksi pemain Manchester United, Scott McTominay (kanan) meraikan dengan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan pusingan ketiga Piala FA antara Manchester United dan Aston Villa di luar stadium Old Trafford, 10 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...