Saturday, December 28, 2024
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manchester United julang Piala Liga

    LONDON, 27 FEB – Eric ten Hag mahu Manchester United menggunakan kemenangan di final Piala Liga ke atas Newcastle sebagai batu loncatan untuk meneruskan kejayaan dengan kemenangan 2-0 kelmarin.

    Tandukan Casemiro dan gol sendiri daripada Sven Botman mengesahkan trofi utama pertama United sejak 2017, apabila mereka memenangi Liga Europa dan Piala Liga di bawah kendalian Jose Mourinho.

    Tetapi trofi itu hanya berjaya diraih selepas mengekalkan Newcastle dengan persembahan tanpa jaringan pada separuh masa kedua yang menunjukkan impak yang dibawa Ten Hag.

    Kurang setahun yang lalu, United merosot ke tempat keenam dalam Liga Perdana di bawah bos sementara Ralf Rangnick.

    Dipulihkan semula oleh ten Hag, United telah menetapkan suasana untuk kembali memperoleh kejayaan berterusan yang kali terakhir dilihat pada era Alex Ferguson.

    Harry Maguire memegang trofi selepas perlawanan bola sepak akhir Piala Liga Inggeris di Stadium Wembley di London. – AP

    Ten Hag tidak berniat untuk membiarkan pemain United berpuas hati dengan kejayaan mereka kerana dia ingin mencipta semula kegemilangani kelab di bawah pimpinan Ferguson.

    Apabila dia meninggalkan peranannya di Ajax Mei lalu, Ten Hag tahu cabaran membawa United keluar daripada prestasi mereka yang teruk bakal dibelenggu pelbagai masalah.
    Tetapi peluang untuk menguruskan salah satu kelab yang paling ikonik di dunia tidak dapat ditolak untuk seseorang yang mencintai bola sepak seperti Ten Hag.

    Kepopularan Ten Hag dalam kalangan penyokong United jelas dilihat dengan sorakan gemuruh ketika pasukan menjulang trofi Piala Liga, manakala Ferguson turut memberi restu kepada pengurus Belanda itu ketika mereka bertemu untuk makan malam minggu lalu.

    Peminat United akan berharap ada banyak lagi trofi untuk dimenangi United dengan bimbingan Ten Hag. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda