Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Manchester United tetap di hati

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan Kelab Penyokong Manchester United Brunei

    BELAIT, 4 JUN – Kelab Penyokong Manchester United Brunei (MUSCB) kelmarin menganjurkan perhimpunan menonton perlawanan secara langsung di V Plaza Lounge Cafe di Kuala Belait bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA yang paling dinanti-nantikan antara Manchester United dan Manchester City.

    Presiden MUSCB, Muhammad Syazni bin Muhammad Hadi menyatakan bahawa perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh 130 peminat dan penyokong.

    Walaupun Manchester United tewas dalam perlawanan dengan keputusan akhir 1-2, Muhammad Syazni berkata, mereka menikmati suasana acara itu dalam menyokong kelab bola sepak kegemaran mereka.

    “Kami pernah mengadakan perhimpunan sedemikian pada masa lalu dan berharap lebih banyak lagi perhimpunan akan diadakan pada masa hadapan untuk kejohanan atau pertandi-ngan lain yang melibatkan pasukan kesayangan kami,” tambahnya.

    Gambar ramai peminat dan penyokong kelab Manchester United semasa menonton perlawanan Piala FA secara langsung, baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda